Friday, July 23, 2010

Glamorous Goth!











Mekap kali ini bertemakan glamorous Goth, jadi bersesuaian dengan tema glamor dan masih mengekalkan ciri gothic, Shah masih menerapkan ciri2 yang tidak berlebihan supaya mekap akan kelihatan lebih manis dan tidak lari dari konsep serta tidak terlalu "over".

Ape yg dapat dilihat dari gmbr2 dibawah, mekap adalah lebih fokus pada kreativiti artistik berbanding teknik. Sebagai contoh, mekap yg dikenakan pada raut lelaki tersebut sedikit avant-garde tapi tidak terlalu berat. Mekap pada wajah wanita yang pertama ditaburi sedikit glitter di sekeliling daerah mata agar fokus lebih tertumpu pada mata selain bibir yang dikenakan berwarna plum.

Selain itu untuk wanita yg kedua, solekan simple tapi terdapat sedikit taburan lukisan di sekitar mata dan juga pipi yang kelihat seperti tatoo. Memandangkan wanita ini bertudung, mekap yang dikenakan juga sedikit wild dan eye-shadow gelap digunakan untuk menyerlahkan mekap serta fokus pandangan akan tertumpu kepada bahagian mata.

Tuesday, July 20, 2010

Majlis pertunangan Ain





Salam pada semua,. Lega bila job untuk selesai. Bagi Shah, mekap Ain adalah tugasan paling mencabar pernah Shah buat memandangkan kulit Ain terlalu kering dan kusam jika dibandingkan dengan trial make-up yang pernah kami arrange seperti sebelum ini.

Bermula pada penghujung bulan Mei, Ain hubungi Shah untuk tempahan mekap bertunang. Perjumpaan pertama kami di Shah Alam untuk trial make-up seterusnya perjumpaan kedua kami di Jakel untuk mencari selendang pada hari majlis. Hanya gmbr untuk hari majlis sahaja yang dapat Shah upload di sini kerana menghormati permintaan Ain untuk tidak upload gambar2 tersebut..