Tuesday, June 22, 2010
Syikin - Shah Alam
Selesai juga mekap Syikin pada 19 Jun yang lalu. Minta maaf pada Syikin kerana tak dpt tunggu hingga majlis selesai disebabkan masih ada urusan lain di Puchong. Tapi difahamkan tiada masalah dengan mekap pada hari majlis. Tema Syikin pada hari tersebut ialah turqouise. Bila terpandang baju dan juga veil yang tergantung, terkesima sekejap.. Cantik pilihan Syikin. Jadi untuk Syikin, Shah lebih tumpukan pada mata dan menggunakan warna pink yg agak lembut pada bibir. Selain itu Shah juga mengenakan bedak asas 'tan' dan dicampur sedikit bedak asas'nude' agar impak pada kulit Syikin lebih glowing. Hasil mekap pada hari tersebut memberi impak yang sedikit berlainan pada Syikin.
Friday, June 11, 2010
fabrik..fabrik..fabrik...
Urusan pengantin di Penang selesai, barang untuk hantaran pun selesai. Sekarang pencarian fabrik. Tempahan dress dinner, pilihan adalah gold dan tema chic. Pencarian bermula dari Kamdar hingga ke Semua House, Jakel hingga ke Euro Moda. Akhirnya pilihan hati berada di Gulati’s, 4 meter dari fabrik satin dan setengah meter PVC hitam untuk dijadikan jaket.
Thursday, June 10, 2010
make over...
Untuk job terakhir sepanjang bulan mei yg lalu hanyalah makeover yg dilakukan untuk pasangan kepada En. Nasir iaitu kak Amy. Untuk makeover ini, agak mencabar untuk Shah membentuk kening kak Amy memandangkan kening kak Amy tidak sekata akibat parut terkena api semasa kecil. Selain itu, kulit muka kak Amy juga tidak sekata dan terlalu kering akibat menggunakan pelbagai produk kecantikan yg tidak bersesuaian. Untuk mengelakkan dari menggunakan mekap yg tebal, Shah lebih senang menyerlahkan kecantikan kak Amy secara natural, kali ini Shah akan mengaplikasikan mekap minimal pada kak Amy. Bagi Shah, less is more...
Sunday, June 6, 2010
Masjid India & Jalan TAR
Alhamdulillah,. Walaupun agak sibuk sepanjang bulan Mei yg lalu berulang-alik dari Penang ke KL, tapi masih juga ada masa untuk Shah dan team menyudahkan kerja-kerja di KL. Cuma bulan Mei lalu, tak byk job yg ada dalam planner. Ada juga lebih masa untuk Shah dan juga team ”memanjakan diri” ke spa – manicure, mandi lulur, facial dan sebagainya. Oh tapi bukan itu yang Shah nak kongsi disini.. Baiklah kita tutup cerita manjakan diri, kita bermula dengan job untuk Shah Idris dan team sepanjang bulan mei yang lalu.
Bermula perjalanan kami ke masjid india dan jln TAR – tentunya mencari barang2 hantaran dan barang2 lain. Panas dan penat perjalanan kami tapi barang harus di cari, misi mesti diteruskan. Barang pertama yg kami cari adalah kerongsang, untuk songkok pada pengantin lelaki. Kemudian barang2 untuk hantaran dan juga alas dulang. Tema untuk pengantin lelaki ini pink, tapi untuk barang hantaran warna merah hati lebih bertepatan supaya tidak terlalu tenggelam.
Wednesday, June 2, 2010
imam muda 2010
Bulan mei yg lalu Shah Idris turut terlibat dengan mekap di Astro bersama Dwen Raha (mekap artis) dan juga Abg Shawn (ketua mekap artis Astro) untuk press conference (PC) Imam Muda di Palace of the Golden Horses. Tapi tiada gmbr yg dpt diambil sepanjang sesi mekap tersebut kerana tidak mendapat keizinan dari pihak Astro. Tak kisahlah sebab ini peluang untuk Shah Idris dan Dwen Raha bergaya sakan.
Subscribe to:
Posts (Atom)