Thursday, October 28, 2010

Saturday, August 28, 2010

Shooting - Nini







Alhamdulillah..

Selesai satu lagi job dalam bulan puasa ini,. Sekarang Shah nak focus dengan menjahit untuk baju raya kali ini, masih 6 baju yang masih belum dijahit. Takut rasanya..

Tak banyak yang boleh Shah cerita di sini melainkan ucapan tahniah pada Nini kerana beraksi cemerlang sepanjang pengambaran berlangsung.

Sunday, August 15, 2010

Ahlan ya Ramadhan

Puasa sudah menjelang tiba, hari ni masuk hari ke-5 berpuasa. Rezeki bulan ramdhan, sangka takkan ada job, rupanya ada juga job mekap dari Astro dan TV3. Memang agak penat bila terpaksa keluar seawal jam 7 pagi untuk mekap dan balik selewat jam 10 malam. Belum sempat lagi Shah dpt berterawih berjemaah, dan hanya dua kali sahaja yg Shah dpt bangun untuk bersahur. Tapi Shah lega dan berterima kasih kepada Tuhan dan juga keluarga atas jalan yang Shah pilih ini.

Astro Talent









Atas jemputan Abg Shaun (ketua jurusolek Astro), Shah bersama-sama Dwen Raha ke Studio KRU di Cyberjaya untuk mekap Talent Astro, untuk Promo Astro.. Seramai lebih kurang 12 talent yg kemi kerjakan supaya mereka akan kelihatan cantik dan elok sepanjang pembikinan.. Tapi dlm gmbr ni, tak semua yg dapat Shah upload.

Friday, July 23, 2010

Glamorous Goth!











Mekap kali ini bertemakan glamorous Goth, jadi bersesuaian dengan tema glamor dan masih mengekalkan ciri gothic, Shah masih menerapkan ciri2 yang tidak berlebihan supaya mekap akan kelihatan lebih manis dan tidak lari dari konsep serta tidak terlalu "over".

Ape yg dapat dilihat dari gmbr2 dibawah, mekap adalah lebih fokus pada kreativiti artistik berbanding teknik. Sebagai contoh, mekap yg dikenakan pada raut lelaki tersebut sedikit avant-garde tapi tidak terlalu berat. Mekap pada wajah wanita yang pertama ditaburi sedikit glitter di sekeliling daerah mata agar fokus lebih tertumpu pada mata selain bibir yang dikenakan berwarna plum.

Selain itu untuk wanita yg kedua, solekan simple tapi terdapat sedikit taburan lukisan di sekitar mata dan juga pipi yang kelihat seperti tatoo. Memandangkan wanita ini bertudung, mekap yang dikenakan juga sedikit wild dan eye-shadow gelap digunakan untuk menyerlahkan mekap serta fokus pandangan akan tertumpu kepada bahagian mata.

Tuesday, July 20, 2010

Majlis pertunangan Ain





Salam pada semua,. Lega bila job untuk selesai. Bagi Shah, mekap Ain adalah tugasan paling mencabar pernah Shah buat memandangkan kulit Ain terlalu kering dan kusam jika dibandingkan dengan trial make-up yang pernah kami arrange seperti sebelum ini.

Bermula pada penghujung bulan Mei, Ain hubungi Shah untuk tempahan mekap bertunang. Perjumpaan pertama kami di Shah Alam untuk trial make-up seterusnya perjumpaan kedua kami di Jakel untuk mencari selendang pada hari majlis. Hanya gmbr untuk hari majlis sahaja yang dapat Shah upload di sini kerana menghormati permintaan Ain untuk tidak upload gambar2 tersebut..